The Odd Feeling.


Sekarang ni. Aku betul-betul tak faham dengan perasaan serta diri aku. Aku rasa sunyi, bosan, senang cakap aku tak tahu apa yang aku perlu lakukan. Buat pengetahuan korang, semenjak kebelakangan ni, aku kerap ingat dekat si dia. Paling ketara bila aku dengar lagu yang jiwang-jiwang sikit, terus aku terkenang saat kami bersama #macam COUPLE pulak. Dulu kami selalu bergurau senda, gelak ketawa kami pasti akan menarik perhatian rakan-rakan kelas yang lain. Korang boleh tahu permulaan cerita aku ni dekat artikel aku yang bertajuk ‘Asal Mesra Je Kau Kata Couple?!’

Korang tahu tak. Baru tak jumpa berapa hari je kitaorang rasa rindu yang teramat sangat. Sampai terbawa dalam mimpi. Malah si dia juga menyatakan perkara yang sama. Pada mulanya, aku dah bersedia untuk berterus terang akan perasaan aku pada si dia. Namun aral yang melintang membantutkan niat aku. Tambahan pula, si dia telah berpunya.

Entah mengapa, aku rasa aku nak sebut nama dia kat artikel aku ni. Namun, aku khuatir. Kerana teman-teman sekolahku adalah antara pelawat blog aku. #EntahDariManaAkuDapatKekuatanIni Ok, aku percaya pada naluri hati aku. Aku akan terus terang di artikel aku ini.

Pertama kali aku jumpa kau adalah semasa kita di tingkatan 1. Dan pertama kali itulah terbitnya perasaan aku terhadap kau yang telah aku pendam selama 2 tahun. Aku cuba untuk menepis perasaan ini. Tapi entah mengapa, perasaan ini terbit kembali.

Masa kita form4, kita selalu borak bersama. Jujur waktu tu kaulah tempat aku mengadu masalah, dan kau jugalah yang mengurangkan beban masalah aku. Bila kau tak hadir, aku rasa sangat ketiadaan kau. Hingga aku akan duduk di tempat kau dan aku rasa kau ada dengan aku.

Aku tahu. Kau mesti akan marah jika kau baca artikel ni. Oleh sebab itu aku nak kau tahu. Aku ikhlas, bagi aku kau tak cantik. Tapi di sebalik diri kau tersembunyi sifat yang buat aku tertarik. Apa yang aku taip ini adalah tulus dari hati aku. Buat pengetahuan kau. Ini adalah kerja gila aku yang aku tak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk aku taip semua ni.

Aku tak nak C.OU.P.L.E. Bagi aku itu semua cinta murahan. Apa yang aku nak, andai kau adalah jodoh aku. Di hadapan para hadirin. Di hadapan mak dan ayah kau dan aku. Aku nak cakap, “Aku terima nikahnya”.





Comments