Profil


Nama penulis Aidil Hakim B. Shamsuddin juga dikenali sebagai Kim Nalis. Dilahirkan di Pulau Pinang dan masih bergelar pelajar. Gemar mengisi masa lapang dengan membaca novel, menulis blog, meluangkan masa dengan Sugar Glider, dan melakukan aktiviti lasak. Bercita-cita untuk membuka empayar perniagaan sendiri di dalam sektor ketenteraan, perkapalan, penerbangan, dan  segala-galanya yang namanya Perniagaan.

Seorang anak yang manja a.k.a anak mama. Namun penulis merupakan seorang Biro Disiplin di dalam badan Pengawas di sekolah beliau dan sangat tegas dalam melaksanakan tugas. Jujur, Intregiti, Tegas itulah slogan yang dipegang penulis dalam menjalankan amanah yang dipikul. Bersifat kepimpinan, ingin melakukan yang terbaik dalam apa jua hal ehwal yang berada di bawah tanggungjawab beliau.

Seorang psiko itulah gelaran yang diberi oleh teman-teman penulis oleh kerana kebolehan penulis bermain dengan fikiran manusia, membaca fikiran, dan juga daya imaginasi yang sangat tinggi hingga membolehkan penulis melakukan sesuatu yang amat sukar dilakukan oleh manusia biasa. Meluahkan segala imaginasi di dalam minda melalui berbagai cara dan antaranya adalah penulisan. Namun beliau seorang yang agak pemalu dan menghidap masalah Social Phobia.

Semoga para pembaca sekalian mendapat manfaat dan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis daripada setiap artikel yang diterbitkan. Penulis memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa dan berlapang dada untuk menerima teguran. Sekian sahaja maklumat tentang diri penulis.

Comments

Izyan said…
ohhh you are a pet lover? saya pun suka sugar glider
Aidil Hakim said…
wah samalah kita...^_^
Beeha Azman said…
Yeahh geng! . Badan kepimpinan jugak time sekolah dulu..:)