I'm Going To Korea, Annyeonghaseyo! (Chapter 1: Lawak awek Korea)

Assalamualaikum korang. Alright ini adalah episod pertama aku dalam perjalanan ke Korea. Segala gambar di dalam artikel ini adalah semasa aku berada di lapangan terbang antarabangsa KLIA2. So, let the story begin.

 

Bertolak dari kampung aku di Banting ke airport seawal jam 5pagi. So seperti didalam gambar belah kiri tu. Itulah waktu aku mula check in dan menunggu flight ke Seoul, Korea. Masa kakak aku tempah tiket AIR ASIA ni, diorang ada buat promosi yang memang paling murahlah tiket untuk ke Korea. So kalau korang ada plan nak ke luar negara. Aku sarankan untuk rajin-rajinlah check lama web diorang. Manalah tahu, korang boleh dapat tiket paling murah. Daripada ribu-riban, boleh dapat ratus-ratus RM je.



Yup, baca novel adalah hobi aku. Kalau aku pergi mana-mana. Memang aku akan bawak novel untuk dibaca. Ini adalah ubat anti-bosan aku untuk dalam flight nanti. 6jam perjalanan tu. Tapi... hakikatnya masa dalam flight tu. Aku tak boleh nak baca. Orang kata apa... tak senang duduk macam tulah. Memang bosan sampai tak tahu nak buat apa. Nak tidur pun tak boleh.

Tapi apa yang bestnya ialah, aku duduk sebelah awek Korea derrr. Memang cun arrr, hahahaha. Cerita bab awek Korea ni, ada satu kejadian yang aku boleh kata kesian dekat dia ni.

Cerita dia macam ni, aku syak awek ni tak ada duit RM. Sebab apa, ada masa ni kakak aku ingat aku tak beli makanan. So kakak aku suruh seorang pramugara ni hantar dekat aku. Nak jadi ajinamoto, pramugara ni silap orang. Aku pun buat derk ajelah. Sebab aku dah balun Pak Kassim Nasi Lemak.

Pada mulanya awek ni tolak. But pramugara ni pujuk dia untuk ambil. Dia pun siap-siap nak bayarlah dia tanya berapa harga makanan tu. Pramugara tu kata dah dibayar, Yelah kakak aku yang bayar. So dia pun turunkan table mini belakang sit tu, and sedia nak makan. Tiba-tiba kakak aku muncul. Dia kata kat pramugara tu yang aku dah beli makanan. Zappp.... masa nilah peristiwa bagi aku yang kalau aku di tempat dia, memang malu arrr. Dengan hormatnya pramugara tu cakap “i'm sorry” and dia pun ambil makanan tu balik dari awek ni, hahahahaaha. Ya Allah... dahla masa tu dia memang siap-sedia nak makan, hahahahahahaha.

So sampai sini sahaja Episod 1 aku dalam perjalanan ke Korea. Nak tahu kisah lebih lanjut. Korang follow uplah post aku dalam ‘Korea Trip’ k. Daaa.


Comments

Absolute Yana said…
Kenapa semua pergi Korea ni... T.T bawakla yana sekali..huuhuuuhu
Aidil Hakim said…
Huhuhuhu... nanti kita buat trip khas untuk Blogger.
This comment has been removed by the author.