Hanya Sekadar Crush...

Aku telah mengunci hati aku untuk jatuh cinta. Akan tetapi bagaimana dengan mudahnya kau membuka kunci pintu hatiku?

Perasaan itu kembali menerjah kedalam dasar hatiku lagi. Entah bagaimana, aku boleh suka pada si dia. Sungguh aku tidak pernah terfikir untuk menyukai, mencintai, mahupun... Sungguh sukar untuk aku meluahkannya.

Argh!... Untuk apa aku fikir akan semua ini. Sudah tentu dia sudah ada yang bertakhta di hati selepas tuhan dan kedua ibu-bapanya. Siapalah aku untuk digandingkan dengan si dia. Bagaikan langit dan bumi, sungguh tidak sedar diri.

Sejujurnya, auranya yang menarik perhatian lelaki aku. Rupa paras bukanlah makanan aku buat masa kini. Kerana, disebalik wajah yang menawan, belum tentu menjanjikan hati yang menawan.




Comments